Penduduk Serbu Pasar Raya

PENDUDUK Qatar menyerbu pasar raya dan kedai memborong barang keperluan, terutama makanan berikutan enam negara Teluk, termasuk Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar, kelmarin.

Penduduk Qatar ada asas melakukan pembelian panik itu kerana import makanan ngara itu banyak bergantung kepada satu-satunya jiran, Arab Saudi.

Orang ramai berbaris panjang di pasar raya, termasuk Carrefour di Center Mall, Doha, antara kawasan beli-belah paling sibuk, sejak semalam.

Pelanggan memenuhkan beberapa troli dengan keperluan asas, termasuk susu, beras dan ayam.

Qatar banyak mengimport makanan, termasuk ayam dari Arab Saudi dan eksport negara itu d ijangka terjejas teruk kerana peralatan jentera dan eletronik dibawa dengan jalan darat ke Arab Saudi.

Menurut perangkaan PBB, jumlah eksport Qatar je Arab Saudi ialah AS$896 juta pada 2015.

Bagi mengelakkan pembelian panik berterusan, kerajaan Qatar mengeluarkan kenyataan bahawa perkapalan dan penerbangan masih beroperasi untuk membawa masuk barangan import.

“Kerajaan akan mengambil langkah perlu bagi menghalang cubaan merosakkan ekonomi dan masyarakat Qatar,” katanm kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.