Militan Daesh Mula Berundur Dari Raqqa

SYRIA – Militan Daesh mula berundur dari kedudukan mereka di Raqqa susulan kemaraan pejuang pembangkang Syira. 

Menurut AFP, pemimpin pejuang Al-Sanadid, Bandar Al-Jarba kira-kira 1,000 pejuang terlibat dalam operasi berkenaan. 

Pihaknya kini sedia masuk ke bandar Raqqa untuk pembebasan sepenuhya bandar berkenaan daripada penguasaan militan. 

Terdahulu, Jurucakap Angkatan Demokratik Syria, SDF, termasuk Arab dan militia Kurdish, yang disokong Amerika Syarikat memberitahu pasukan tentera telah  memulakan serangan untuk menawan Raqqa. 

Raqqa kini dikepung dari arah timur, utara dan barat. 

Aktivis pembangkang melaporkan serangan sengit berlaku di bandar itu sejak malam Isnin lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.