Krisis Qatar dan Negara Arab Tidak Jejas Jemaah Haji

KRISIS antara Arab Saudi dan Qatar tidak menjejaskan 33,000 bakal jemaah haji Malaysia untuk ke Tanah Suci menunaikan haji pada tahun ini kata Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Kuala Nerus, hari ini.

Beliau berkata, pergolakan di rantau itu tidak memberi kesan terhadap perjalanan dan kuota haji yang sudah diputuskan Arab Saudi sebelum ini.

“Kita tak nampak ada masalah atau kesan daripada krisis itu malah jumlah kouta haji yang ditambah Raja Salman baru-baru ini tetap sama.

“Surat kelulusan juga selesai diedarkan dan semua jemaah sudah membuat persiapan untuk berlepas pada waktu yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ziarah Kasih dan Berbuka Puasa bersama Penduduk Parlimen Kuala Nerus di Hotel TH semalam.

Menurutnya, jemaah haji yang menunaikan haji dengan TH akan berlepas dengan penerbangan pertama pada 24 Julai dan terakhir pada 24 Ogos ini.

“Jemaah tidak perlu bimbang dan paling penting semua jemaah mengikut segala arahan yang dikeluarkan TH.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Pada majlis itu, seramai 1,000 terdiri daripada golongan miskin di Kuala Nerus menerima bantuan daripada Yayasan Tabung Haji. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.