Krim Ekzema Bebas Steroid Daripada Ekstrak Minyak Sawit

SERDANG  – Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan krim ultra pelembab semula jadi bebas steroid daripada ekstrak minyak sawit bagi merawat penyakit ekzema.

Krim REMDII Sensitive dihasilkan menerusi kajian yang dilakukan sejak akhir 2013 oleh lima saintis dan pakar bioperubatan universiti itu yang diketuai oleh Prof Dr Lai Oi Ming, lapor Bernama.

“Minyak pelembap ekstrak daripada sawit merah kaya dengan bahan seperti tokoferol, tocotrienol dan karotenoid yang merupakan ramuan utama formulasi penjagaan kulit ini,” kata Prof Dr Lai, 48, yang juga penyelidik Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.