Kapal Persiaran Terbesar Dunia Belayar Tahun 2022

PARIS – Syarikat perkapalan MSC Cruises bakal memiliki sebuah kapal pesiaran terbesar yang mampu membawa seramai 6,850 tetamu dengan 2,760 kabin.

Menurut Agensi, Kapal berkelas dunia itu dilaporkan mempunyai had kapasiti lebih 70 orang penumpang berbanding pemegang rekod semasa iaitu kapal Royal Caribbean’s Harmony dengan catatan 6,780 tetamu.

laporan itu menyebutkan, kapal persiaran berbentuk huruf Y itu seberat 200,000 tan dan memiliki saiz 329 meter panjang.

Kapal tersebut juga dilengkapi kemudahan vila untuk seisi keluarga, platform pandangan panorama dan kolam renang kaca, menurut syarikat pengeluarnya iaitu SFX France.

Sebanyak empat buah kapal gergasi itu akan dibina dan penghantarannya dijadualkan pada tahun 2022 hingga 2026.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.