Kakitangan Kerajaan N.Sembilan Dapat Duit Raya RM500

SEREMBAN – Kakitangan kerajaan negeri Negeri Sembilan bakal menerima bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM500.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, sejumlah 6,323 kakitangan kerajaan negeri termasuk yang berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan negeri akan menerima pembayaran tersebut pada 15 Jun ini.

Malah pembayaran khas itu turut meliputi kakitangan kontrak.

“Pembayaran khas ini akan dibayar bersama dengan gaji bulan Jun,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri di sini hari ini.

Menurut Mohamad, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.16 juta bagi tujuan tersebut. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.