JPJ Jangka Bidaan Plat Siri RR Cecah RM 7 Juta

ARAU — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menjangka kutipan keseluruhan bidaan plat siri RR mencecah lebih RM7 juta.

Pemangku Pengarah JPJ Perlis Mahazir Abdul Majid berkata permohonan bidaan itu di seluruh negara “cukup menggalakkan”, lapor Kosmo!.

Katanya, berdasarkan sejarah kutipan JPJ negeri itu, bidaan plat siri RM pada 2015 mencatatkan jumlah kutipan keseluruhan RM7.1 juta

“Mereka mengisi borang permohonan di pejabat JPJ negeri atau cawangan di seluruh negara, kira-kira 50 pemohon sehari termasuk yang dimuat turun dalam laman web rasmi JPJ,” katanya.

Mahazir turut menjangka, bidaan nombor pendaftaran siri RR8 akan mencecah RM300,000 berbanding siri “RM8” yang tertinggi setakat ini dengan RM297,000.

“Bidaan RM8 merupakan yang tertinggi setakat ini iaitu RM297,000 dan saya yakin RR8 sama atau lebih lagi. Kemungkinan keputusan bidaan plat pendaftaran siri RR ini akan diumumkan pada bulan depan,” katanya.

Tender tempahan plat siri RR tamat 19 Jun ini sebelum jam 12 tengah hari. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.