Jari Hingga Bahagian Pergelangan Tangan Wanita Tersepit Di Sebuah Mesih Pengadun Kuih

NGERI dan kesakitan. Itu yang dialami seorang wanita warga asing selepas terpaksa menahan kesakitan apabila tangannya tersepit di sebuah mesih pengadun kuih di Taman Keramat, Ampang pagi tadi.

Gambar kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dengan memaparkan jari hingga bahagian pergelangan tangan wanita berusia 30 an itu berada dalam mesin pengadun kuih.

Situasi cemas itu bagaimanapun berakhir dengan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk mengeluarkan tangan mangsa kira-kira jam 10.26 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kerja menyelamatkan tangan mangsa yang tersepit dari mesin dengan menggunakan hydraulic cutter.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Perkongsian gambar tersebut turut mendapat perhatian netizen dan menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati apabila menggunakan peralatan membuat kuih supaya tidak berlaku kejadian tidak
diingini sebelum menyambut perayaan kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.