Duit Raya Daripada Kerajaan BN Bantu Rakyat Hadapi Aidilfitri

Diberi salah, tak diberi pun salah. Itulah perangai setengah pihak. Ia mengenai pemberian bantuan khas kepada penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Najib mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, 743,000 pesara kerajaan juga akan menikmati bantuan khas sebanyak RM250.

Malangnya selepas pengumuman itu dibuat, ada pula yang telah membandingkan pemberian berkenaan dengan bonus yang diterima oleh penjawat awam di Selangor iaitu sebanyak 2.5 bulan.

Sebenarnya adalah tidak adil untuk membuat perbandingan berkenaan kerana di Selangor hanya 17,700 orang penjawat awam sahaja, itu pun dengan perbelanjaan RM58 juta.

Berbeza dengan kerajaan pusat di mana terdapat 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara. Bayangkan, dengan bantuan sebanyak RM500 sahaja sudah melibatkan perbelanjaan RM1 bilion, bagaimana pula jika kerajaan pusat memberikan bonus sebanyak 2.5 bulan.

Jumlah kakitangan awam Selangor hanya 0.28 peratus daripada keseluruhan 6.3 juta penduduk Selangor. Hanya jumlah kecil itu sahaja yang akan menikmati bonus berkenaan, bagaimana pula dengan penduduk yang lain?

Mujurlah daripada jumlah berkenaan, kira-kira 1 juta penduduk Selangor merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jadi dapatlah mereka menarik nafas lega kerana bayaran BR1M akan dibayar secara berperingkat mulai bulan ini.

Sama ada bantuan khas kerajaan kepada penjawat awam atau bayaran BR1M bernilai RM500 ini dianggap kecil bagi sebahagian orang, namun ia amat bererti kepada penoreh getah atau pekebun kecil.

Jadi bagi yang mendapat wang berkenaan, tidak perlu memperkecilkan bantuan yang diberikan dengan membandingkan dengan penjawat awam di Selangor.

Hakikatnya defisit perbelanjaan kerajaan negeri Selangor terus meningkat RM450 juta pada tahun 2015, RM600 juta pada tahun lepas dan RM900 juta pada tahun ini.

Sedangkan defisit fiskal Kerajaan Pusat semakin berkurangan sejak Najib mengambil alih pentadbiran, iaitu 6.7% pada tahun 2009, 5.4% (2010), 4.8% (2011), 4.5% (2012), 3.9% (2013), 3.5% (2014), 3.2% (2015), 3.1% (2016) dan 3.0% pada tahun ini.

Apa pun pemberian bantuan kewangan ini menunjukkan bahawa jika kerajaan tidak menguruskan ekonomi dengan cekap dan dana tidak mencukupi, sudah tentu ia tidak dapat dilakukan tetapi Najib telah membuktikan sebaliknya.

Terimalah bantuan kewangan yang diberikan ini dengan penuh rasa syukur, bukan mengeluh dan membandingkan dengan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.