Buat Pertandingan Catur Elak Penduduk Bergaduh

Jakarta – Polis bandar ini menemui satu cara kreatif untuk mengelakkan penduduk di kawasan kejiranan Tenggulun dan Pasar Rumput daripada bergaduh dengan menganjurkan pertandingan catur.

Menurut Agensi, penduduk di kawasan kejiranan di Jakarta Tengah itu terkenal dengan permusuhan mereka dan sering bergaduh terutama sekali ketika Ramadan.

Portal wartakota.tribunnews.com melaporkan, ketua polis Menteng, Ronald A Purba berkata, pertandingan catur itu bertujuan menjalinkan hubungan penduduk di dua kawasan berjiran itu.

“Kami berharap melalui pertandingan ini ikatan dan semangat antara penduduk dengan polis akan menjadi lebih baik.

“Apa yang paling penting pergaduhan yang sering berlaku setiap kali Ramadan dapat dielakkan,” katanya.

Seramai 70 peserta menyertai pertandingan itu dan pemenang bakal menerima piala, sijil dan hadiah wang tunai.

Pertandingan catur itu bermula selepas solat Tarawih dan diadakan di atas jambatan Pasar Rumput.

Menurutnya, penduduk di dua kawasan itu menunjukkan maklum balas yang positif dan berharap pertandingan itu dapat dianjurkan pada setiap tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.