“Bapa Pitam, Pengsan Dalam Bilik Air Pusat Beli Belah’ – Salina

Pelakon Salina Saibi melahirkan kesedihan apabila bapanya tiba-tiba rebah selepas pitam ketika berada di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di Selangor.
 
Salina Saibi menerusi laman Instagram (IG) memberitahu bapanya segera di kejarkan ke hospital dengan menaiki ambulan.

“Bismillaahirrahmaaniirrahiim Alhamdulillahi rabbil a’lamiin Wassolatuwassalamuala asrofil anbia iwalmursalin Wa’ala alihi wasohbihi ajmain.. Ya  Allah.. Jika hari ini ada di antara kami.. yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya ya Allah…

“Berikanlah kesembuhan untuknya.. Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.. Inshallah… Alamiin.. Syafakallah papaku @norsaibi ..Td papa pitam nak jatuh pengsan dalam toilet #saccconventioncentre.

“Ambulance datang amik..Hope tak ada apa yang memudaratkan..Tunggu result darah scan x ray semua..Dalam pemantauan doktor,”tulisnya.

Dalam pada itu, Salina meminta peminat doakan bapanya.

“Doakan papa saya sembuh sihat macam dahulu kala.. ? #sad #mylovelydad #syafakallah,”tulisnya.
 
Pelakon Gerak Khas itu yang memuat naik foto bapanya terlantar di hospital, berharap agar bapanya cepat sembuh.
 
Entri terbaru Salina selepas itu memberitahu ramai sahabat handai dan keluarga melawat bapanya di hospital.
 
Rata-rata peminat mendoakan bapanya segera sembuh seperti sedia kala.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.