Anak Bazli UNIC (Muhammad Syahid) Meninggal Dunia Akibat Kanser

KUALA LUMPUR – Anak kepada penyanyi nasyid UNIC, Bazli Hazwan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur di sini kira-kira pukul 7.23 pagi Rabu.

Pemergian allahyarham Muhammad Syahid yang menghidap barah Lymphoma dan baru berusia empat tahun itu dikongsikan sendiri oleh Bazli menerusi laman instagramnya.

“Anak kesayangan ayah, Syahid sudah pergi meninggalkan kita. Allah sayangkan Syahid,” luahnya. Kisah penderitaan anak kecil ini pernah mendapat liputan luas media sebelum ini.

Jenazah Muhammad Syahid dijangka dikebumikan di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor selepas solat Zuhur hari ini.

Muhammad Syahid disahkan menghidap barah tahap ketiga selepas mengalami bengkak kecil pada bahagian leher, ketiak dan paru-paru pada Disember lalu.

Allahyarham merupakan anak pertama daripada dua cahaya mata hasil perkongsian hidup antara Bazli dengan isterinya, Asiah Abu Bakar.

Seorang lagi anak Bazli, Muhammad Assfan kini berusia kira-kira dua bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.