Video : Orang Asli Tetap Kenang Arwah, Mahu BN Menang Di Kuala Kangsar

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR – Masyarakat orang asli di Kuala Kangsar masih mengenangkan sumbangan yang dilakukan oleh bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohd Khair- il Anuar Wan Ahmad dan mengharapkan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, masyarakat di sini sangat mengharapkan isteri arwah, calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid dapat meneruskan bantuan kemasyarakatan seperti yang dilakukan arwah suaminya, sebelum ini.

 

Seorang warganya, Ngah Jun Ngah yang ditemui berkata, sejak dari dulu, sudah banyak sumbangan yang telah dilakukan Allahyarham dan mereka sangat menyayanginya sekali gus berterima kasih di atas bantuan dan sumbangan yang lakukan oleh Allahyarham.

 

“Kita sayang dia (Arwah Wan Mohd Khair-il). Bantuan pun banyak (diberikan) pada kita. Apa yang kita minta dia buat. Semua bantuan dia bagi. Bantuan (makanan) biasalah, beras dan (keperluan harian). Jalan, api (elektrik), air, semua (dibantu),”katanya.

 

Apabila ditanya mengenai PRK, Ngah mahu parti Barisan Nasional memenangi kerusi parlimen bagi kawasan itu.

 

“Nak BN menang. Sebab (itu sahaja) yang akan diundi (BN),”katanya yang menegaskan sangat menyenangi cara parti itu memberikan sumbangan sekali gus turut memudahkan kelangsungan hidup masyarakat di situ.

 

Sementara itu, seorang lagi penduduk orang asli yang ditemui di kawasan itu, Kamsiah Hasan, turut mengulas lanjut mengenai arwah dan menyifatkan bekas ahli parlimen itu seorang yang sangat prihatin dalam memberi bantuan kepada masyarakat orang asli di situ.

 

“Dia sebelum jadi ahli parlimen, dia selalu turun berikan bantuan di sini,”katanya.

 

Terdahulu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terlibat dalam nahas helikopter yang dinaikinya di Sebuyau, Sarawak.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.