Video: ‘Jangan Panggil Kami PAN!’- Amanah

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menegaskan kepada media supaya tidak menggunakan nama singkatan PAN bagi melaporkan berita mengenai parti itu.

 

Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi berkata pihaknya tidak mahu panggilan singkatan PAN berterusan digunakan dalam penulisan berita kerana pihaknya mendaftarkan singkatan nama bagi parti itu sebagai Amanah.

 

“Kami didaftarkan di atas Parti amanah Negara, dan singkatan kepada kami adalah Amanah bukannya PAN. Saya lihat kecenderungan sesetengah pihak media masih lagi menggunakan nama PAN. Saya mahu membetulkan perkara itu. Saya telahpun menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti (mengenai perkara itu) bantahan lembut minta pembetulan supaya tolong merujuk kami sebagai Amanah.

 

“Saya minta, perkara lalu (laporan singkatan PAN) menjadi yang terakhir. Saya minta kerjasama daripada semua supaya membetulkannya. Kerana ia (panggilan itu) amat mengelirukan para pengundi. Yang dibaca dalam media adalah PAN (pengundi akan bertanya), parti mana pula yang bertanding ni?,”katanya di bilik gerakan Amanah, di sini, pagi tadi.

 

Sebelum ini, media melaporkan PAN sebagai singkatan kepada Parti Amanah Negara.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.