Tiada Niat Aibkan Si Penghutang – Eja

Baru-baru ini pelakon pelakon Eja ada berkongsi gambar dan status temannya di Instagram berhubung tuntutan hutang.

 

Memetik kenyataan di mStar online, pemilik nama sebenar Siti Shahrizah Saifuddin itu berkata bertujuan mengingatkan semua pihak supaya menjelaskan hutang masing-masing sebagaimana dituntut agama.

 

Dia turut mengakui ada pihak yang pernah meminjam wangnya namun perkongsian status itu tidak ditujukan kepada individu itu tetapi lebih kepada peringatan.

 

“Saya hanya kongsikan gambar dan status milik seorang kawan tetapi tidak sangka ramai yang anggap saya sedang menuntut hutang dengan cara sebegitu.

 

“Memang saya mengalami perkara yang sama cuma tujuan perkongsian itu lebih kepada memberi peringatan dan gambar itu juga ada menunjukkan surah Al-Baqarah Ayat 283,” katanya.

 

Apabila ditanya siapakah orang yang pernah berhutang dengannya Eja tidak berhasrat untuk bercerita kisah itu.

 

Tambah Eja, dia tidak mahu mana-mana pihak salah faham dan cuba mengaitkan tindakan perkongsian gambar serta status itu sebgai langkah untuk dia mendapatkan publisiti.

 

“Memang ada yang berhutang dengan saya, dia akan mula tukar nombor telefon dan bagi pelbagai alasan untuk tidak melunaskan hutang.

 

“Tetapi perkongsian gambar itu hanya sekadar peringatan dan saya sendiri tidak mahu mengaibkan mana-mana individu. Saya sudah berumur tidak mahu ada musuh,” katanya.

 

Selain itu, Eja berkata sudah menjadi lumrah apabila si pemberi hutang perlu menuntut seperti peminta sedekah untuk menerima haknya kembali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.