Pengguna Twitter Perli Nasi Goreng Tanpa GST, Ahmad Maslan

Kuala Lumpur – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini tampil berkongsi resepi dan cara memasak makanan tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

 

Menerusi laman Twitter, Ahmad memuatnaik dua keping foto masakan yang dimasaknya sambil menulis kapsyen beserta resepinya.

 

“Resepi saya dan digoreng sendiri: sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak dan gas masak. Tiada GST,” tulisnya.

 

Bagaimana pun, ilmu yang ingin disampaikan Ahmad dianggap lawak oleh kebanyakkan pengguna Twitter.

 

Malah ada yang memerli inisiatif Ahmad yang dikatakan ‘YB yang pandai’.

 

“@ahmadmaslan masak tak kena GST , beli barang tu yang kena GST. Pagi-pagi saya dihidangkan dengan kepandaian YB. Terima kasih YB ….”, tulis @HakimHakkinen.

 

@ahmadmaslan bila masa pula gas masak tidak ada GST? Kalau betul la gas tiada GST, kenapa naik harga dari RM26.50 jadi RM30.00 sekarang ni?” soal @MeanMijer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.