Peminat K-pop Marah Elizabeth Tan

Tindakan penyanyi yang popular menerusi lagu Knock Knock, Elizabeth Tan, mengguna pakai singkatan ELF sebagai nama kelab peminatnya baru-baru ini, nyata mengundang reaksi negatif sekaligus menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat K-pop.

 

Ini kerana nama tersebut sebenarnya digunakan kelab peminat kumpulan K-pop terkenal, Super Junior (SuJu), yang menggelarkan peminat setia mereka sebagai ‘ELF’ (Everlasting Friends).

 

Difahamkan, nama tersebut didaftar secara rasmi dibawah nama syarikat pengurusan kumpulan berkenaan iaitu SM Entertainment.

 

Akibat tindakan Elizabeth itu, ada peminat fanatik memberi amaran bahawa dia berkemungkinan disaman oleh SM Entertaiment jika masih mahu meneruskan penggunaan nama tersebut.

 

Selain didakwa menciplak nama berkenaan, Elizebeth juga menerima kritikan dan kecaman termasuk ada yang melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya di laman sosial.

 

Terbaru, menerusi satu status di Instagram miliknya, Elizabeth meminta maaf mengenai hal tersebut dan mengakui kurang peka dengan kewujudan nama ELF sebelum ini.

 

Penyanyi yang bakatnya dicukil penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir ini juga berjanji akan meminta ‘admin’ kelab peminatnya menukar nama tersebut dan meminta supaya peminat k-pop memaafkannya dan berhenti melemparkan kata-kata kesat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.