Pemberontak Yaman Serang Sempadan Arab Saudi

Sanaa – Tentera yang setia dengan bekas presiden Yaman menyerang beberapa lokasi di sempadan Arab Saudi, menurut pakatan yang diketuai Arab Saudi ketika tumpuan diarahkan kepada rundingan damai yang diusahakan PBB di Geneva.

 

Sementara itu, pemberontak Huthi yang juga sekutu tentera yang setia dengan Ali Abdullah Saleh, mengesahkan mereka akan menghadiri rundingan damai itu yang bertujuan menamatkan perang yang sudah meragut 2,000 nyawa.

 

Mesyuarat Geneva yang dijadualkan pada 14 Jun adalah usaha yang signifikan bagi menghentikan peperangan itu.

 

Kerajaan Yaman yang berada dalam buangan di Riyadh juga menyatakan mereka akan menghadiri mesyuarat itu.

 

Terdahulu, pakatan negara Arab yang melancarkan serangan udara terhadap pemberontak Yaman sejak 10 minggu lalu, melaporkan serangan darat terbaru terhadap wilayah Arab Saudi.

 

“Tentera Arab Saudi hari ini menangkis serangan dari Yaman yang menyasarkan beberapa lokasi di Jazan dan Najran,” menurut kenyataan pakatan itu yang disiarkan Saudi Press Agency, merujuk kepada dua daerah sempadan Arab Saudi. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.