Najib Menghadap Raja Salman Abdul Aziz

JEDDAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Arab Saudi untuk mengadakan pertemuan sulung yang dibuat atas undangan pemimpin utama negara itu, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

 

Hari ini Datuk Seri Najib Razak diperkenan menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira setengah jam di Istana As-Salam di sini.

 

Ini adalah kali pertama pertemuan rasmi berlangsung antara kedua-duanya sejak Raja Salman menjadi pemerintah Arab Saudi. Sebelum ini Najib pernah menemui Raja Salman semasa majlis pengebumian Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud pada Januari lalu.

 

Perdana Menteri kemudiannya mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Naif Al-Saud.

 

Sepanjang lawatan tiga hari ini, selain membincangkan hubungan dua hala, Najib turut membawa rayuan dan permintaan khas bagi meningkatkan kuota jemaah haji bagi rakyat Malaysia.

 

Antara yang turut mengiringi Najib ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.