Kereta Api Amtrak Rempuh Treler Dekat Chicago

Chicago – Sebuah kereta api Amtrak dalam perjalanan ke Chicago, merempuh sebuah treler yang tersekat pada landasan di satu lintasan, menurut media Amerika Syarikat.

 

Kereta api itu dalam perjalanan dari San Antonio, Texas ketika kejadian di bandar Wilmington, kira-kira 95 kilometer ke barat daya Chicago.

 

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan 203 penumpang. Nasib pemandu treler itu belum dapat dipastikan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.