Foto Pertama Putera George Dan Puteri Charlotte

London – Satu siri foto Putera George dan adik perempuannya, Puteri Charlotte telah didedahkan oleh Kensington Palace, lapor BBC.

 

Empat gambar yang menunjukkan puteri dipangku oleh abangnya di mana kedua-dua mereka duduk di atas sofa di Anmer Hall di Norfolk, rumah keluarga mereka bersama Duke dan Duchess of Cambridge.

 

Foto-foto berkenaan diambil oleh Catherine, hanya beberapa minggu selepas Puteri Charlotte dilahirkan pada 2 Mei.

 

Dalam tweet, Kensington Palace berkata foto tersebut adalah “sangat istimewa”.

 

Dalam setiap foto, Putera George memangku adiknya, Puteri Charlotte. Putera George memakai baju putih, seluar pendek biru dan stoking biru.

 

Dalam satu lagi gambar, Putera kelihatan mencium adiknya di dahi.

 

Duke dan Duchess of Cambridge serta anak-anak mereka tinggal di Anmer Hall di Norfolk sejak meninggalkan London tidak lama selepas kelahiran puteri.

 

Putera William dan Catherine dijangka akan tinggal di sana untuk beberapa tahun akan datang kerana mereka membesarkan Puteri Charlotte dan Putera George, yang hampir dua tahun, dengan bantuan seorang pengasuh sepenuh masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.