Felixia Yeap Akhiri Zaman Bujang

Kuala Lumpur – Personaliti media sosial yang pernah menggemparkan negara tahun lalu, Felixia Yeap dikhabarkan telah mengakhiri zaman bujang dengan jejaka pilihannya.

 

Menurut blog hiburan tempatan, Rotikaya.com, lelaki pilihan Felixia Yeap ini adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad (sebuah agensi di bawah MOSTI) bernama Dr. Rezal Khairi Ahmad.

 

Ia susulan sekeping foro pernikahan Felixia atau Raisyyah Rania Yeap yang tersebar di laman sosial beberapa hari lalu.

 

Sebelum ini Felixia pernah dikaitkan dengan anak saudara Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang bernama Raja Zainal Badri.

 

Felixia bagaimanapun menafikan desas-desus yang mengatakan dia kononnya sedang bercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.