Awie Dakwa Rozana Sengaja Cari Publisiti Murahan

Penyanyi rock terkenal tanah air, Awie mendakwa, Rozana Misbun, 36, masih lagi isterinya kerana dia tidak tahu menahu langsung mengenai dakwaan wanita itu yang berjaya mendapat fasakh secara taklik daripada Majlis Agama Islam Songkla, Thailand pada 1 November tahun lalu.

 

Awie atau nama sebenar­nya, Mohd. Azhar Othman, 47, berkata, dia sudah tidak percaya terhadap segala sandiwara yang sedang dimainkan oleh Rozana.

 

“Saya hairan apabila dia me­ngaku sudah bercerai dengan saya sedangkan sebelum ini dia sendiri mengeluarkan kenyataan tidak tahu di mana sepatutnya sijil perkahwinan kami dikeluarkan.

 

“Kalau dia memang mahu bercerai, kena ikut prosedur. Selesaikan apa yang patut dulu di mahkamah. Jangan sengaja mencari publisiti murahan untuk kepentingan sendiri. Saya tidak akan ceraikan dia selagi perbicaraan mahkamah kami masih belum selesai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

 

Semalam, Rozana mendakwa, permohonan mahu bercerai berjaya selepas pihak majlis agama Islam Thailand berpuas hati dengan keterangan serta bukti yang diberikannya ketika tragedi 2 Jun 2014, selepas di­belasah Awie.

 

Wanita itu turut meminta agar penyanyi itu mematuhi arahan mahkamah supaya menyerahkan anak sulung mereka, Putera Ahmad Merrah, 8, yang kini tinggal bersama penyanyi itu.

 

 

 

Sumber : Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.