Arab Saudi Setuju Sumbang Dana Kemanusiaan Pelarian – PM

JEDDAH – Arab Saudi bersetuju memberi sumbangan kepada dana kemanusiaan pelarian yang dicadangkan oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata persetujuan itu dinyatakan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud dalam pertemuan mereka hari ini.

 

“Baginda bersetuju secara prinsipnya untuk memberi sumbangan kepada dana kemanusiaan ini.

 

“Langkah susulan akan diambil oleh Kementerian Luar selepas beberapa negara termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut membayangkan kesediaan untuk menyumbang kepada dana ini,” katanya pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini.

 

Perdana Menteri juga berkata, Malaysia akan menghantar satu pasukan untuk belajar bagaimana Arab Saudi memulihkan rakyatnya yang terpengaruh dengan ideologi militan termasuk kumpulan Negara Islam (IS).

 

“Arab Saudi mempunyai program ‘deradicalization’ dan Kementerian Dalam Negeri akan menghantar pasukan mengkaji kaedah pemulihan itu,” katanya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.