Anwar Sambung Rawatan Di Penjara

Kuala Lumpur – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan rawatan lanjutan akan diteruskan di Penjara Sungai Buloh.

 

“Alhamdulillah doktor bagi pulang. Sambung rawatan di Penjara Sg Buloh sambil tunggu keputusan ujian lanjutan,” katanya yang dipetik di laman sosial Twitter.

 

Anwar dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) Selasa lalu untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan selepas mendakwa mengalami beberapa masalah kesihatan.

 

Menurut isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar terpaksa menjalani ujian untuk menentukan punca najis berdarah.

 

Selepas melawat suaminya Selasa lalu, beliau memberitahu pemberita bahawa Anwar telah kehilangan berat badan dan kelihatan “kurus dan cengkung”.

 

Bekas pemimpin pembangkang itu juga dikatakan menghidap tekanan darah tinggi dan sakit bahu kronik.

 

Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun atas tuduhan meliawat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, satu kes yang didakwa telah dipalsukan oleh kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.