Amy Mastura Berhijab Dengan Rela Hati

Jika dua hari lalu peminat dikhabrkan dengan berita primadona jelita Erra Fazira sudah berhijab penuh, terbaharu giliran penyanyi, pelakon dan pengacara Amy Mastura pula.

 

Hal itu diketahui menerusi Instagram jurusoleknya, Alha Alfa.

 

Memetik laporan Berita Harian online, Amy berkata dia sudah lama terbuka hati mahu bertudung.

 

“Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim.

 

“Ikutkan saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal.

 

“Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.