Petrol RON97 berkurang 8 sen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON97 serta diesel di Semenanjung Malaysia dikurangkan masing-masing 8 sen bagi tempoh seminggu iaitu antara 8 hingga 14 Mei ini.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata, langkah penurunan harga bahan api itu diambil seiring perubahan harga pasaran minyak dunia.

Menurut MoF, melalui pengurangan itu harga runcit RON97 akan turun kepada RM3.10 seliter, manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun kepada RM2.80 seliter.

Mengulas lanjut, kementerian itu berkata berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Penetapan Harga Automatik (APM), harga bagi tempoh 8 hingga 14 Mei ditetapkan seperti harga runcit petrol RON97 diturunkan 8 sen kepada paras RM3.10 seliter; harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan 8 sen kepada paras RM2.80 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan Kementerian Kewangan itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat