Penjawat awam terkesan ketika Sidang Kemuncak ASEAN boleh mohon kerja dari rumah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai awam akan terus dilaksanakan secara fleksibel khususnya sempena Sidang Kemuncak ASEAN bulan ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan berkata, pelaksanaan BDR itu bagaimanapun tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Jelasnya ini seiring komitmen Kerajaan Madani dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perkhidmatan awam.

“Selaras dengan pendekatan ini, Ketua Jabatan diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai yang mungkin terkesan dengan kesesakan aliran trafik sempena pelaksanaan Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung pada bulan Mei tahun ini.

“Langkah ini antara inisiatif Kerajaan Madani dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin, selaras dengan nilai teras Madani seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam,” kata kenyataan itu pada Rabu.

JPA berkata, pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan Ketua Jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya.

Menurutnya, pelaksanaan dasar itu perlu berpandukan tatacara dan syarat yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM).

Dasar BDR diperuntukkan melalui MyPPSM, Ceraian SR.4.1.2, bertujuan mewujudkan keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kesinambungan tugas dan keperluan pegawai dari segi kesejahteraan serta keharmonian kerja-kehidupan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat