“Ahli yang pilih, tak timbul isu nepotisme jika Izzah pegang jawatan nombor dua PKR” – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu nepotisme sekiranya Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR memandangkan beliau sekarang merupakan Naib Presiden PKR.

Ketua Penerangan PKR yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, PKR meraikan demokrasi dan menyerahkan kepada kebijaksanaan ahli-ahlinya untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak dan sesuai dengan harapan serta aspirasi mereka bagi penggal kepimpinan 2025-2028.

“Tak pernah (wujud nepotisme dalam PKR), Nurul Izzah sekarang pun Naib Presiden, jadi tidak timbul apa-apa perkara (isu),” katanya dalam sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Fahmi menegaskan demikian ketika ditanya berkenaan dakwaan sesetengah pihak wujudnya amalan nepotisme dalam PKR susulan desakan supaya Nurul Izzah bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR hujung bulan ini.

Hal ini susulan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi Presiden PKR yang akan menyaksikan kedua-dua mereka memegang jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti sekiranya Nurul Izzah memenangi jawatan Timbalan Presiden kelak.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat