Pemerhati Antarabangsa Pantau PRU-14 Tiba Di Malaysia

SEPANG – Pemerhati antarabangsa dari sembilan negara mula tiba di Malaysia hari ini bagi memantau perjalanan proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei ini.

Sehubungan itu, kumpulan pertama pemerhati dari Maldives yang diketuai Pengerusi Election Commission of Maldives, Ahmed Shareef tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada pukul 7.20 pagi tadi.

Sementara itu, ketibaan mereka disambut oleh Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk K. Bala Singam.

Kumpulan pemerhati dari Thailand dijangka tiba pada pukul 12.15 tengahari, diikuti pemerhati dari Azerbaijan pada pukul 3.30 petang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebelum ini berkata, SPR menjemput seramai 25 pemerhati antarabangsa bagi memantau perjalanan proses PRU-14 iaitu dari Azerbaijan, India, Indonesia, Kemboja, Kyrgyztan, Maldives, Pakistan, Thailand dan Uzbekistan, petik Bernama

Selain itu, SPR turut melantik seramai 1,236 pemerhati pilihan raya daripada 14 badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk memantau proses pilihan raya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.