BN Teras Politik Tanah Air – Najib

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Malaysia yang bakal keluar mengundi pada Rabu ini agar memilih Barisan Nasional (BN) yang telah menjadi teras politik tanah air dan terbukti berjaya memacu pembangunan negara.

Pengerusi BN itu berkata, generasi sekarang tidak boleh membuatkan negara mengundur ke belakang kerana bagi meneruskan apa yang telah dimulakan, negara memerlukan sebuah parti politik yang mempunyai sejarah memajukan negara dengan cemerlang.

“Dari segi politik, teras politik tanah air yang terbukti berjaya memacu pembangunan negara hanya ada pada satu parti iaitu BN.

“Kalau kita tengok perangai seorang dua di sebelah sana (pembangkang), kita pun sudah pasti tidak yakin mereka boleh menjaga kepentingan kita semua terutamanya kepentingan masyarakat di luar bandar, kepentingan Islam dan kepentingan orang Melayu,” katanya petik Kosmo

One thought on “BN Teras Politik Tanah Air – Najib

  • December 29, 2018 at 9:58 am
    Permalink

    Hancur berteras2…??
    Melayu lah rosakan semua?? TH melayu rosakan??muak meluat muntah mual?? Perosak segala nya..??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.