Mesir Buka Semula Lintasan Sempadan Rafah

RAFAH – Mesir membuka semula lintasan Rafah dengan Semenanjung Gaza selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan ratusan penduduk Palestin yang terkandas kembali ke rumah masing-masing.

Menurut AFP, langkah itu disifatkan pegawai sempadan Palestin sebagai tanda kemanusiaan, akan membolehkan penduduk Palestin yang terkandas di Mesir dan tempat lain, termasuk pelajar dan pesakit, kembali ke Gaza., lapor BH.

“Pihak berkuasa Mesir membuka semula lintasan Rafah selama tiga hari, bermula hari ini hingga Isnin, dan cuma laluan sehala bagi membolehkan mereka yang terperangkap di Mesir kembali,” kata kenyataan.

Semenanjung Gaza berada dalam kepungan Israel selama sedekad. Pejuang Palestin di Gaza berhadapan tiga peperangan dengan Israel sejak 2008.

Lintasan Rafah adalah satu-satunya jalan keluar dari Gaza ke dunia luar yang tidak dikawal Israel tetapi ditutup sejak beberapa tahun ini kerana ketegangan antara Mesir dan pentadbir Gaza, Hamas.

Hubungan kedua-dua negara meruncing selepas Presiden Abdel Fattah al-Sisi, yang ketika itu ketua tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi pada 2013.

Pihak berkuasa sempadan Gaza hari ini berkata, lebih 20,000 penduduk Palestin, terkandas di Gaza dan perlu ke luar negara untuk mendapatkan rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!