Kastam Rampas Rokok, Mercun RM93,060

RANTAU PANJANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas sebanyak 1,150 bungkus rokok dan 4,078 kilogram mercun bernilai lebih RM93,060 Khamis lalu.

Pengarah Kastam negeri, Mohd Nasir Yusoff berkata, dalam operasi berkenaan tiga lelaki ditahan termasuk warga Thailand dan Myanmar, lapor Utusan.

Katanya, turut dirampas sebuah lori serta dua buah kenderaan jenis Perodua Alza dan Proton Preve.

“Dalam sekatan pertama di Wakaf Bata, Machang kira-kira pukul 3.30 pagi, kita menahan sebuah lori bersama 174 kotak mercun seberat 4,078 kg yang bernilai RM81,560.

“Manakala tangkapan kedua di Kampung Pachakan, Besut kira-kira pukul 6 pagi, kita menahan dua buah kenderaan bersama 1,150 bungkus rokok seludup jenama SAAT seberat 195.5 kg yang bernilai RM11,500,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.