Kaer Azami Bakal keluar Album Baharu

KUALA LUMPUR – Walaupun jarang tampil di kaca televisyen, bekas peserta pertandinga realiti nyanyian, Kaer Azami masih mahu berkarya dalam industri seni tempatan.

Menurutnya, keinginan untuk tampil dengan album dan karya baharu sentiasa menggunung dalam dirinya.

“Untuk sentiasa tampil denga karya baharu bukan mudah apatah lagi saya menerbitkan album sendiri dan perkara itu memakan masa yang agak lama.

“Tambahan lagi saya sangat selektif dengan pemilihan lagu dan mencari karya yang kena dengan jiwa saya,” katanya lapor Utusan.

Kaer sebelum ini pernah mencatat kejayaan peribadi menerusi lagu Izinku Pergi yang berjaya meraih Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2008.

Album keduanya berjudul A New Chapter pada 2011 bagaimanapun kurang mendapat sambutan.

“Sebab itu untuk album ketiga, saya mengenengahkan genre pop ballad dan pop jazz yang kena dengan jiwa saya,” katanya yang bakal mengeluarkan album baharunya itu tahun hadapan.

Selain menyanyi, ketika ini Kaer juga berulang alik dari seni ke Indonesia setiap bulan untuk menguruskan jenama pakaiannya, Quhji.

“Saya ada kilang kecil di Indonesia untuk jenama pakaian saya dan memang perlu untuk saya berada di sana.

“Jadi saya berulang-alik menguruskan perniagaan dan pada masa sama mencari material untuink album terbaharu nanti,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.