200 Banduan Bolos Dari Penjara Sesak Indonesia Masih Bebas

PEKAN BARU – Pihak berkuasa Indonesia berkata kira-kira 200 banduan yang melarikan diri beramai-ramai dari penjara yang penuh sesak di pulau Sumatera, dekat sini, masih bebas.

Insiden bolos dari penjara berlaku ketika banduan dibenarkan keluar untuk menunaikan solat di Penjara Sialang Bungkuk di Pekan Baru, ibu negeri wilayah Riau.

Ketua polis tempatan yang hanya dikenali sebagai Susanto berkata, seramai 242 banduan lelaki berjaya ditahan semula pada pagi ini sementara 200 lagi masih bebas.

Pihak berkuasa pada mulanya tidak pasti jumlah banduan yang melarikan diri dari penjara.

Polis berkata, sebahagian daripada mereka menyerah diri atau dikembalikan oleh ahli keluarga manakala yang lain ditahan semula oleh penduduk, polis dan tentera. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.