Tidak Rasmi: Pengerusi PKR Sarawak Pertahan DUN Ba’kelalan

KUCHING – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian secara tidak rasmi dilapor berjaya mempertahankan kerusi N81 Ba’kelalan dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Willie Liaw dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) pada Sabtu.

 

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Baru menang dengan majoriti 545 undi.

 

Beliau memperoleh 2,856 undi sementara pesaingnya Williew mendapat 2,311 undi.

 

Pada PRN-10 lalu calon PKR itu turut menewaskan Liaw dengan majoriti sebanyak 473 undi.

 

Kedua-dua calon tersebut mempunyai hubungan persaudaraan. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.