Tidak Rasmi: Bakal Timbalan Ketua Menteri Sarawak Menang Besar

KUCHING – Datuk Douglas Uggah Embas yang disebut-sebut sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baharu dilaporkan menang di kerusi N37 Bukit Saban dengan majoriti 5,524 undi.

 

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu menang dengan majoriti 86 peratus.

 

Sementara itu lawannya daripada PKR, Noel Changgai Bucking mendapat 14 peratus undi.

 

Douglas merupakan Ahli Parlimen Betong dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

 

Beliau menyertai Kabinet selepas Pilihan Raya Umum 2008 bagi menggantikan dan dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas Pilihan Raya Umum 2013. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.