20 Peratus Keluar Mengundi Setakat 10 Pagi – SPR

SATOK – Sejumlah 20 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) keluar mengundi sehingga jam 10 pagi tadi.

 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata cuaca yang baik pada sebelah pagi ini membantu jumlah keluar mengundi.

 

“Justeru, saya menasihatkan pengundi keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka dan bersama mendaulatkan demokrasi.

 

“Saya juga kagum dengan golongan veteran di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat, walaupun berkerusi roda tetapi mereka bersemangat turun mengundi,” katanya selepas meninjau pusat pengundian SK Rakyat, di sini sebentar tadi.

 

Sejumlah 2,484 pengundi berdaftar di saluran pengundian berkenaan yang berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok. DUN Satok secara keseluruhan mempunyai 13,550 pengundi berdaftar. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.