Tidak Rasmi: Wan Azizah Kekal Kemenangan Di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah hampir pasti mengekalkan kemenangan parti itu dalam PRK Permatang Pauh selepas kiraan tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului dengan kelebihan 9,542 undi.

 

Kiraan tidak rasmi setakat jam 8.28 malam ini Wan Azizah memperolehi 29,561 undi, BN 20,019 sementara calon Bebas dan PRM masing-masing 350 undi dan 96 undi.

 

Pada PRU-13, PKR memenangi kerusi Permatang Pauh dengan kelebihan 11,721 undi majoriti setelah meraih 37,090 undi manakala BN pula mendapat 25,369 undi.

 

Seramai 71,252 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada PRK ini dan mengikut perangkaan SPR jumlah yang keluar mengundi sehingga pusat pengundian tutup pada 5.00 petang ialah 52,983 atau 73%.

 

SPR dijangkakan mengumukan keputusan rasmi sebentar lagi selepas selesai kiraan rasmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!