Video : Kanak-Kanak Nyaris Dilanggar Kereta

Singapura – Disebabkan kecuaian penjaga, seorang kanak-kanak nyaris maut dilanggar kenderaan yang sedang melalui sebatang jalan di Singapura.

Kejadian yang dirakamkan melalui kamera kenderaan itu, menyaksikan kanak-kanak lelaki berumur sekitar 2-3 tahun sedang berlali melintas jalan tanpa sebarang pengawasan orang dewasa.

Nasib menyebelahi kanak-kanak itu, apabila para pemandu sempat memperlahakan kenderaan mereka seterusnya berhenti bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diinggini menimpa.

Selang beberapa saat, barulah kelihatan seorang wanita berbangsa india yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut mengejar bagi menyelamatkannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.