Video : Enggan Kembali Ke Penjara, Samseng Ugut Bunuh Diri

United Kindom – Seorang samseng menggemparkan orang ramai di bandar Manchester selepas bertindak memanjat setinggi 100 kaki di atas sebuah roda Ferris dan duduk di atasnya selama enam jam, memetik laporan Daily Mail UK.

Domenyk Noonan bertindak sedemikian sebagai protes bagi mengelakkanya Di hantar ke penjara.

Dia pernah dipenjara selama sembilan setengah tahun kerana kesalahan menyimpan pistol jenis Revolver di bawah but keretanya.

Ekoran tindakannya, pihak polis dan bomba terpaksa melancarkan operasi yang menelan belanja kira-kira £30,000 Pound Sterling (RM165,000) termasuk menarik kira-kira 1,000 orang menyaksikan saat dramatik itu di Piccadilly Gardens.

Menurut anggota polis, tindakan Noonan mengganggu keselamatan orang ramai termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terperangkap di dalam roda Ferris berkenaan selama dua jam.

‘Drama’ Noonan bermula pada pukul 3.30 petang semalam apabila dia menjerit “Saya akan terjun,”.

Dia yang berusia 49 tahun pada mulanya memanjat ke atas bumbung sebuah antara unit roda itu pada ketinggian 197 kaki sebelum memanjat tangga ke tengah-tengah roda itu.

Noonan kekal duduk disitu sepanjang dua kali waktu hujan turun dan kemudian diberi tepukan gemuruh daripada para penonton yang menyebelahinya kira-kira pukul 9.45 malam.

Dia turun dengan memakai topi dan tali keselamatan yang diberikan kepadanya oleh pihak berkuasa.

Lelaki itu kemudiannya dibawa pergi dari lokasi kejadian dengan ambulans dan kemudian ditahan kerana menceroboh.

Kerana Noonan, pengendali roda Ferris Big Wheel terpaksa mematikan bekalan elektrik roda berkenaan menyebabkan para pengunjung terperangkap di dalam unit masing-masing.

Biarpun sibuk memanjat, dia sempat bercakap dalam telefon dengan media Manchester Evening News dengan menyatakan apa yang dilakukan adalah perkara paling menakutkan dalam hidupnya.

“Saya mahu pihak polis berhenti dari mengganggu saya, biarpun tempoh percubaan sudah pun berakhir tiga hari lepas, mereka tetap mengugut untuk membawa saya kembali ke penjara,” kata Noonan dalam perbualan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.