Tiga Termasuk Dua Kanak-Kanak Rentung

Kuching – Tiga rentung termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan tiga tahun dalam kebakaran yang memusnahkan 11 buah rumah di Tabuan Foochow, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Tawang Lingen, berkata kebakaran yang turut mengorbankan seorang wanita itu bermula kira-kira jam 10.30 pagi dan api marak dengan cepat.

“Kami menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10.30 pagi dan 41 anggota bomba dari Balai Bomba Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Kuching bergegas ke tempat kejadian,” katanya kepada Bernama.

Jelasnya, tujuh buah rumah musnah sama sekali, manakala 4 lagi musnah 70 peratus.

“Kami berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran dalam tempoh 20 minit,” katanya yang mengetuai operasi itu.

Identiti semua mangsa belum dapat dikenal pasti dan punca kebakaran masih disiasat.

Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.