Tahanan Lolos Dari Mahkamah Serah Diri

Ipoh – Seorang tahanan yang meloloskan diri dari kawasan Mahkamah Taiping pagi semalam, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusuf Mohd Diah berkata M.Surishkumar, 25, berasal dari Ipoh, menyerah diri pada 11.30 malam.

“Lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Surishkumar melarikan diri pada pukul 10.10 pagi semalam, ketika hendak dimasukkan ke lokap sementara mahkamah itu, selepas sebutan semula kes membabitkannya dijalankan di Mahkamah Sesyen Taiping.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.