Penyanyi Rossa Terima Hadiah Kereta Dari ‘Peminat Misteri’

Penyanyi popular Indonesia Datuk Rossa dikhabarkan menerima hadiah sebuah kereta daripada seorang lelaki yang dipercayai kekasih baharunya.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang perkara tersebut, penyanyi lagu Pudar itu enggan mengulas dan berkongsi cerita berkenaan.

“Saya tidak mahu timbul sebarang fitnah jika saya bercerita, oleh itu lebih baik saya hanya berkongsi tentang prestasi seni sahaja,” ujarnya seperti yang dilaporkan detikhot.com

Katanya, hubungan dia dengan lelaki berkenaan hanya sekadar teman rapat dan tidak lebih daripada itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.