Nelayan China Hilang Di Perairan Filipina

Beijing – China berkata pihak berkuasa terputus hubungan dengan 11 nelayan negara itu yang didakwa dilarikan lelaki bersenjata di perairan yang dipertikaian di Laut China Selatan.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, nelayan terbabit menaiki sebuah kapal Qiongqionghai 09063 sebelum dipintas lelaki bersenjata yang turut melepaskan tembakan amaran pada pagi semalam berdekatan Half Moon Shoal, tidak jauh dari Filipina.

Xinhua berkata, bot nelayan China kedua yang berada berhampiran cuba mengejar bot yang dinaiki kumpulan lelaki bersenjata itu namun gagal.

China menuntut keseluruhan Laut China Selatan namun Filipina, Vietnam dan beberapa lagi negara turut membuat tuntutan hak ke atas sumber tenaga, zon perikanan dan kawasan pulau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.