Laksanakan Hudud Kepada Semua Tanpa Kira Agama – Dr Asri

Shah Alam – Kerajaan PAS Kelantan perlu menimbang untuk mengkaji semula pelaksanaan hudud supaya tidak bercanggah dengan matlamat keadilan undang-undang Islam itu.

Menurut bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, PAS Kelantan perlu bersedia untuk melaksanakan hukuman itu kepada semua penganut agama Islam termasuk kalangan Raja atau Sultan, demi menjamin ‘keadilan sejagat’ tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan.

“Saya bukan nak mematikan semangat kerajaan Kelantan, cuma saya minta PAS lihat semula beberaps perkara . Bukan nak halang PAS melaksanakan hudud itu.

“Dalam dunia ini berdasarkan undian yang dibuat majoriti orang Islam yang berpendidikan, mereka nak kepada Islam.

“(Tetapi) apabila hudud dilaksanakan di Nigeria apabila mereka potong tangan pencuri terus sokongan kepada Islam ditarik. Mereka lihat yang bawahan sahaja yang kena hukuman, kita takut yang curi kayu kena hukum tapi yang curi kayu balak tak kena.

“Hendaklah undang undang disamaratakan sehingga ke peringkat tidak perlu ada dua mahkamah dan mahkamah khas. Sama sahaja antara sultan, raja dan rakyat biasa, terus terang saya sebut. Apabila sampai ke peringkat itu, undang-undang akan adil,” katanya di Program Wacana Sinar bertajuk Hudud : Bersediakah Kita, pada petang tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.