Kumpulan Lelaki Bersenjata Culik Warga China Dikejar Sehingga Ke Filipina

KOTA KINABALU-Sebulan selepas kejadian penculikan pelancong wanita  warga China di sebuah resort  di Samporna, satu lagi kes penculikan berlaku di perairan Sabah yang membabitkan sekumpulan lima orang lelaki bersenjata.

Dalam kejadian itu sekumpulan lima lelaki bersenjata telah menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu pada kira-kira 2.45 pagi Semalam.

Pesuruhanjaya Polis Sabah,Datuk Hamza Taib berkata,mangsa dikenali sebagai Yang Zailin,34,dari Guangzhao dan bekerja di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd milik warga China dari Hokong yang beroperasi sejak 2006,selama tiga tahun.

Dalam kejadian ini sebuah bot berkuasa kuda 200 yang dinaiki lima lelaki,dua daripadanya berpakaian celoreng dan bertopeng.Mereka menggunakan senjatan yang dipercayai jenis M16.

Tiga lagi seluar pendek dengan pakaian preman.Bot penculik menghampiri kawasan ternakan ikan seterusnya menaiki rumah kediaman pekerja ternakan ikan tersebut.

Kumpulan lelaki berkenaan kemudian memasuki sebuah bilik seorang pekerja wanita selepas menendang pintu dan bertanya dimana pengurus syarikat itu berada dengan menggunakan dialek Bajau.

Bagaimanapun katanya,pengurus yang tinggal dibilik bersebelahan dengan bilik wanita itu yang keluar selepas bunyi bising ,ditangkap oleh kumpulan lelaki berkenaan dan dibawanya menaiki bot.

Hamza berkata,selepas dimaklumkan kejadian dipusat ternakan ikan yang jaraknya 1.4 kilometer dari Silam pada jam 2.53 pagi,polie terus menggerakkan tiga bot  dan bot pasukan Polis Marin terserempak dengan bot penjenayah di kawasan perairan Pulau Mataking pada kira-kira 6.20 pagi.

Penculik melepaskan tembakan kearah anggota keselamatan dan anggota membalas tembakan itu namun tidak mengena sasaran.Anggota keselamatan terus mengejar bot tersebut yang menghala ke Filipina melalui kawasan Alice Reef,’’katanya.

Katanya anggota keselamatan Malaysia terus mengejar bot penjenayah itu sehingga memasuki perairan Filipina atas kebenaran pihak berkuasa Negara itu,namun berhenti mengejar apabila bot itu memasuki perkampungan Saluang di selatan pulau Sibutu atas faKtor keselamatan.

Hamza berkata,polis telah menahan 19 individu dan sebelas daripadanya etnik berketurunan suluk serta selebihnya warganegara Indonesia di kawasan kejadian.

Katanya.sembilan daripada tahanan tersebut ada dokumen.

Polis percaya kumpulan berkenaan merupakan satu daripada kempulan yang menculik untuk tebusan,namun belum dipastian sama ada kumpulan itu terbabit kes penculIkan seorang pelancong China di Singmata Adventures Reef Resort di Samporna pada 2 April lalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.