Janin Dalam Tangki Pam Tandas

Butterworth – Seorang wanita terkejut apabila menemui janin lelaki dianggarkan berusia tujuh bulan di dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat berkenaan ditemui wanita terbabit ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pada 9.10 pagi.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit dikatakan membuka penutup tangki pam tandas itu selepas mendapati pam gagal berfungsi.

“Sebaik membuka penutup itu, Wanita terbabit terkejut apabila menjumpai mayat janin dalam keadaan duduk.

“Dia segera memaklumkan penemuan janin itu kepada kakitangan klinik yang kemudiannya menghubungi polis,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati janin berkenaan dianggarkan berusia dalam lingkungan tujuh bulan dengan berat 1.7 kilogram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.