Video : Jangan Rampas Tanah Kami

Shah Alam – Sekumpulan petani dan pekebun sawit dari Parit 14/15 Sungai Panjang hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mendakwa tanah mereka telah dirampas.

Mereka yang tiba pada pukul 11.00 kemudiannya melaungkan slogan ‘jangan rampas hak kami’, ‘kerajaan negeri zalim’ dan ‘jangan zalimi orang-orang Melayu’.

Petani dan pekebun kecil itu turut menaikkan sejumlah banner yang tertulis ‘buktikan kebajikan PKR’, ‘Apa yang tinggal lagi hak kami?’sebelum PRU negeri berkebajikan selepas PRU apa dah jadi?’ dan banyak lagi.

Budiman 3

ADUN Sungai Panjang, Budiman Zohdi yang turut hadir memberikan sokongan berkata memorandum tersebut dibuat ekoran pengumuman kerajaan negeri sebelum ini yang mahu mengambil alih Tanah Hutan Simpan Sungai Karang melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan diurus oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“Satu majlis penerangan telah diadakan pada 12 April 2014 di Masjid Al-Khairiah Parit 14 Darat, Simpang 5 namun tiada apa-apa jaminan berkaitan status pemilikan tanah kepada peneroka,” katanya ketika ditemui di hadapan pintu masuk SUK sebentar tadi.

Menurut Budiman, tanah tersebut mula diteroka secara kecil-kecilan pada lewat tahun 40an dan pada awal 60an selepas pembinaan Terusan Utama atau dikenali sebagai Ban Kenal dengan tanaman padi, sawit dan koko.

Budiman 2

“Semenjak sekian lama usaha mereka mencari nafkah tidak diganggu. Sebahagian besar peneroka tidak ada tanah lain lagi untuk diusahakan. Majoriti mereka menggunakan hasil tersebut untuk mensekolahkan anak dan menyara keluarga.

“Aktiviti penanaman sawit ini juga tidak mengganggu status Hutan Simpan dan pengairan padi di kawasan berdekatan,” katanya lagi.

Malah, Budiman mempertikaikan hasrat mahu mengambilalih tanah yang sekian lama diteroka secara kecil-kecilan oleh rakyat, dan tidak membuka kawasan baru untuk apa sahaja tujuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu.

“Damanakah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor? Jika setiap inci tanah yang diusahakan oleh peneroka sejak sekian lama mahu diambil kembali? Ternyata hari demi hari, dibawah pemerintahan kerajaan PR Selangor rakyat semakin menderita,” katanya.

Budiman 1

Jika diteruskan pengambilalihan tanah itu, kebajikan golongan petani dan pekebun sawit terbabit akan terabai, tegas Budiman.

Justeru itu, beliau mendesak Khalid agar menarik balik perancangan pengambilalihan itu sekaligus memberikan hak milik kekal kepada petani dan pekebun sawit yang terlibat.

“Kita sedia maklum kawasan itu sebenarnya adalah hutan simpan dan kawasan tadahan hujan. Kalau Khalid betul-betul serius nak jadikan kawasan tersebut sebagai kawasan hutan dia perlu cabut balik pokok sawit dan tanam balik pokok hutan bukan dia ambil hasil daripada rakyat ini yang telah sedia ada mengusahakan pokok-pokok sawit,” tegasnya.

“Sebab dia (Khalid) nak ambil melalui MBI dan serahkan kepada PKPS. Kalau dia nak ada ladang sawit baru dia bukan ladang baru. Jangan ambil hak milik yang rakyat telah usahakan ini,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.