Jabatan Kesihatan Sahkan Air Lombong Yang Dipam Ke Empangan Selamat

SABAK BERNAM-Hasil analisis Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mendapati air lombong yang dipam untuk menambah aliran air di sungai Selangor bagi memenuhi sumber bekalan air mentah di negeri ini mematuhi parameter ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia  dan Sukan,Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Dr Ahmad Yunus Hairi berkata,penduduk di negeri ini tidak perlu khuatir kerana hasil ujian analisis yang dijalankan itu mendapati ia selamat untuk digunakan.

Menurutnya,keputusan ujian menunjukkan parameter air yang digunakan normal dan tidak bermasalah seperti mana yang didkwa oleh sesetengan pihak kononya penggunaan air lombong itu memberi kesan kepada pengguna kerana tahap kualitinya yang rendah.

“Keputusan parameternya dalam keadaan normal,kerana air lombong yang diambil(dipam) di paras atas bukan di bawah .Contohnya kalau ada logam berat ini sekali pun,ia biasanya berada paras bawah,’’katanya kepada Sinar Hiaran.

Ahmad Yunus menjelaskan,usaha kerajaan negeri mengepam air disembilan bekas lombong itu bagi menambah sumber keperluan air mentah yang dirawat untuk kegunaan penduduk dinegeri ini.

Untuk makluman kita belum guna air lombong ini pun,sebab paras air sungai kita mencukupi untuk kita rawat.Malah ada lebihan kita sedut dan simpan ke lombong,’’ katanya.

Beliau berkata sebanyak 10,000 juta liter sehari air lebihan ini disimpan pada kadar minimum untuk kegunaan penduduk walaupun kadar taburan tidak menentu dikawasan tadahan empangan.

Selain itu,usaha kita adalah menjalankan pembenihan awan dan menunaikan solat iktikaf bagi mendoakan supaya hujan turun ketadahan takungan,’’katanya.

Dalam pada itu kerajaan negeri mempelawa semua pihak termasuk universiti tempatan yang berminat untuk membuat analisis mengenai tahap keselamatan air lombong yang disalurkan kepada pengguna di Lembah Klang.

Ahmad Yunus berkata,pendekatan itu diambil kerana timbul beberapa pertikaian dan keraguan daripada pihak tertentu.

Analisis sampel air lombong berkenaan dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan setiap tahun.Bahkan Lembaga Urus Air Selangor(Luas) juga membuat kajian sampel air kolam daripada penganalisi Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia(Sirim).

“Sebab itu,kita buka kepada universiti  tempatan termasuk professor yang berminat atau ingin tahu boleh lakukan kajian,’’katanya.

Katanya,tawaran menjalankan analisi berkenaan adalah untuk membuktikan bahawa kerajaan negeri telus.

“kita buka kepada sesiapa yang berminat ,tapi harus mendapatkan kebenaran daripada Luas terlebih dahulu kerana kawasan itu di bawah pewarataan mereka,’’katanya.

Sebelum in,beberapa pakar penyelidikan air menggesa kerajaan negeri membuktikan sebarang kelulusan daripada Kementerian Kesihatan berhubung tahap keselamatan air lombong yang dibekalkan kepada pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.